Tanggal 26 Februari 1993, saya bersama 3 sahabat, Haris Fadilah, Mujibullah
dan Hairul Anuar Tamrin menjejakkan kaki ke bumi Uzbekistan. Pesawat yang kami
gunakan ialah pesawat buatan Russia milik Uzbek Air. Ketika itu saya tak dapat
membuat perbandingan dengan pesawat Boeing ataupun Airbus kerana ini adalah
kali pertama saya menaiki pesawat.
Perasaan? Bercampur campur... Teruja, sedih dan berdebar-debar...
Kami meninggalkan Malaysia ketika umat Islam sedang menjalani ibadah Puasa
di bulan Ramadan. Rasanya baru 3 atau 4 hari. Maknanya tahun ini kami akan
berhari raya di perantauan. Sebuah negara yang baru sahaja merdeka. setelah
lebih 90 tahun bersama kesatuan Soviet yang berfahaman komunis!
Sewaktu mula menjejakkan kaki di bumi ini, kami memang tidak mengetahui
walaupun sepatah perkataan dalam bahasa Uzbek atau Russian. Dan bahasa Inggeris
kami pula amat terhad kerana kami dari sekolah aliran agama dan lebih memahami
Bahasa Arab! Manakala penduduk di sini pula hanya mampu bertutur dalam bahasa
Uzbek dan Rusia... Hmmm memang merumitkan...
Di Tashkent nanti kami akan mengambil kursus bahasa Russia di The Uzbek
State World Languages University.
Mungkin ada yang akan
bertanya, mengapa memilih untuk belajar di Uzbek? Siapa yang hantar? Siapa yang
taja? Dan bermacam-macam soalan lagi. Saya tidak akan menjawab soalan ini.
Biarlah rahsia buat yang tak tahu dan yang dah tahu, rahsiakanlah...

No comments:
Post a Comment